Blue
Hello Fellas!



Hi babes/dudes/viewers. Me? I'm Bella Bebymonster, currently 16teen(2013) Hei, let's visit my blog for awhile :D

Navigate!

Facebook Twitter Ask
Wanna Scream?

Width 230 only . Replace with yours!

The Love's!

Sayangs saya : En. Google haha Hero saya : Daddy Shah Heroin saya : Mami Ruby Siblings : Kak mas, Kak yana, Kak yanie, Kak ira, Adik eta


Dia Untuk Aku *novel

Dia Untuk Aku *novel D.U.A
bab 1 :)

    
     "Sayang, i janji ... I takkan sesekali tinggalkan you. You tahukan, tanpa you, hidup i seperti tidak     lengkap .. You ibarat nadi i. Tanpa you, jantung seperti berhenti berdegup. Setiap saat, setiap ketika, hati i terukir nama you, bella. You know, i love you more than others. I akan terus cintakan you selama mana i mampu. Selagi i diberi peluang untuk terus bernafas. You kena yakin dengan i. Takkan ada yang dapat pisahkan kita, sayang. Biar runtuh tembok besar china, biar peach empangan kenyir, cinta you tetap utuh dihati i ... Demi you, i sanggup renangi laut china selatan. I never let you go,baby. ” ujar danial lalu dahi Bella dicium penuh kasih sayang. Sewaktu mereka berdating di pesisiran pantai. Sekian lama Bella mendiamkan dirinya lalu berkata " Betul? Janji takkan tinggalkan saya?” seraya senyuman manis terukir di bibrnya. Bella terdiam seketika. Tiada sepatah kata yang keluar dari bibir mungkilnya. Sepi menghuni ruang menganti diri bicara sepi. “Betul sayang, janji, i tak akan buat yang bukan-bukan yang boleh mengecewakan hati sayang!! I’m promise!” Danial menyambut kembali kata-kata Bella. “Ohh okay.. Never mind.. ” Bella menarik tangan Danial pergi ke tepi pantai. “Pergi mana, sayang?” Sekian lama berbicara, mereka berjalan-jalan di tepi pantai sambil berpegang-pegangan tangan. Mereka berulang-balik di tepi pantai, terdapat jugak beberapa pasangan kekasih di situ. Seketika itu, Danial menegur Bella.. “Sayang, tengok tu! Cahaya matahari petang ni indahkan.. Cantik aje.. Cantik macam sayang la.. Hehehe....” mereka berhenti sebentar lalu Danial menunjuk ke arah matahari petang itu sambil memuji Bella. Bella hanya memberi sebuah senyuman manis sahaja. Sedang asyik mereka bermesraan, tiba-tiba satu panggilan telefon tiba di telefon bimbit Bella. Bella mengambil telefon bimbitnya dari kocek seluarnya lalu memandang ke skrin telefonnya. Tetera di skrin telefonnya dan didapatinya panggilan daripada bapanya, Dato’ Mohamad Shah, bapanya seorang yang terkenal dengan sebuah syarikat yang di diri olehnya selama ini. Mereka sekeluarga anak orang berada sementara Bella jatuh cinta dengan seorang jejaka setaraf dengannya apatah lagi hensem yang bernama Danial, anak kepada Dato’ Muhammad Azman, bapa mereka sudah lama berkenalan sejak dari zaman-berzaman lagi. Ibu mereka Datin Ruby dan Datin Raudah adalah kawan baik seperjuangan. Bella dan Danial menuntut ilmu di sebuah kolej bernama UiTM. “Abah ni.. Time-time aku tengah date macam ni dia nak cari aku!” katanya lalu menjawab panggilan dari bapanya.

 “Hello, abah? Ada apa, abah?..” Bella bertanya.
 “Hello, Bella. Adik kamu sakit. Penyakitnya serang lagi.. Abah dan ibu di hospital sekarang. Bella temankan adik di hospital boleh? Sekejap lagi abah ada meeting ni! Ibu kamu pun nak balik lepas ni sekejap lagi.” kedengaran suara abahnya yang sibuk dengan pekerjaan dan juga cemas akan anaknya.
 “Tapi di hospital mana, abah?” tanya Bella ringkas.
 “Hospital Medical Center. Abah dan ibu pergi dulu ya.. ”
 “Kejap lagi Bella sampai. Bella on the way datang sana. Abah jangan risau la, Bella kan ada..” dengan nada yang santai Bella tergesa-gesa ke hospital.
 “Abah pergi meeting dulu yaa...Cepat sampai tau..” Dato' Mohamad Shah mematikan talian telefon bimbit.

     Danial menanya apa yang telah berlaku dengan keadaan adik Bella lalu Bella menyatakan bahawa adiknya sakit dan kini berada di Hospital Medical Centre lalu dia melangkah kakinya ke hospital tersebut. “Sayang, sorrylah. I kena jumpa kawan i dulu. Maaf tak dapat hantar you. Ada apa-apa call, okay? Jangan lupa kirim salam adik you. Semoga dia cepat sembuh.” kebetulan sahaja Danial hendak ketemu kawannya dan tidak kesampaian untuk menghantar Bella ke hospital.
 “Tak apa. I tak kisah! Lagipun ada i mintak tolong you hantar ke?! You kan sibuk dengan kawan you, dengan i pun tak ada masa! Pergilah sana! I boleh pergi sendiri! Lagipun i ada kaki sendiri, masih boleh berjalan. I bukannya cacat hilang kaki!” bentak Bella lalu melangkah demi selangkah kakinya dari situ.

     Danial dengan egonya buat endah tak endah terhadap Bella lalu meninggalkan Bella seorang diri di tepi jalan itu. Bella hanya meneruskan perjalannya, Bella tidak menaiki teksi yang kebetulan banyak lalu lalang di situ malah dia menggunakan perjalanannya dengan menggunakan kakinya tersendiri. Tiba-tiba Bella terdengar seakan-akan seseorang memanggilnya namanya... “Bella! Tunggu!”
     Bella berhenti melangkah. “Silap dengarkah aku? Suara tu, macam suara Danial! Tapi Danial dah pergi tadi! Siapa ek?” soal Bella sendiri. Namun, bila sekali lagi namanya dilaung, dia menoleh ke belakang.

 “Danial?! Apa awak nak lagi? Bukan ke awak terburu-buru nak jumpa kawan awak tu?” soal Bella bertubi-tubi.
“Sayang, i hantar you nak tak? Cepat sampai..” Danial senyum meleret.
 “Tersengeh-sengeh! Bukan ke dah pergi tadi? Nak hantar konon! Cepat sampai konon, kalau bawa motor mahal tapi jalan nanti macam motor nak nazak aje baik baliklah.” kata Bella.
“Tak sampai hati i nak tinggalkan you sorang-sorang, sebab tu i patah balik. Jalan kaki sorang-sorang pulak tu, tahu tak i risau? Kalau kena mengorat macam mana? I juga yang susah nanti...” pujuk Danial.
So? Pergi ajelah jumpa kawan-kawan you tu! Tepi sikit boleh tak? Orang nak lalu! Sibuk je mamat ni! Makin lama, makin lambat aku sampai ke hospital nanti nampak gayanya..” Bella mempedulikan Danial.
“Alolo.... Jangan merajuk, sayang. Tak nak maafkan saya kan, jangan nak menyesal pulak....” puas Danial merayu kepada Bella di tepi jalan raya itu. Lantas Danial turun dari motosikalnya lalu mendukung Bella dan diturunnya di atas motosikal itu.
“Apa ni! Jangan nak buat macam-macam eh! Saya nak turun!!” pekik Bella.
“Alaaa, rilekslah! Peluk ketat-ketat dulu...” kata Danial penuh santai. Bella tetap tak mahu menuruti kata-kata Danial, tiba-tiba Danial menarik tangan Bella lalu diletakknya di keliling pinggang dirinya untuk keselamatan menaiki motosikal. Danial juga memasangkan topi keledar di kepala Bella.
     
     Bella hanya mampu mendiamkan dirinya dan hanya menuruti kesemua kemahuan Danial. “Haaaa.. Ni yang best ni. Feeling habis... Whooo!! Dia peluk aku! Yyyaahooo!” kegembiraannya di hatinya yang cukup menyegarkan dirinya.


“Woi! Apa tercengang lagi?! Semua saya dah follow, jalanlah! Cakap nak hantarkan saya, saya turun jugak ni!” marah Bella.
“Eh eh! Sorry, sorry!” kemudian Danial pandu motorsikalnya seperti biasa, sepanjang perjalanannya mereka tidak menegur sapa.

     Tiba sahaja di hospital tersebut, Bella terus ke kaunter hadapan untuk menanyakan bilik wad adiknya. Dengan keadaan panik Bella dan Danial berjalan laju mencari wad adiknya. Bella membuka pintu bilik wad itu lalu duduk di kerusi yang sudah sedia ada sambil mengusap tangan adiknya mengharap adiknya segera sembuh. Danial bertanya langsung pada doktor yang berada di dalam bilik tersebut.

“Doktor  bagaimana keadaan Atiqah?” Danial bertanya.
“Atiqah dalam keadaan kritikal dalam masa kini. Kita hanya perlu bebanyak-banyakkan berdoa dan sabar sahaja..” kata doktor kepada Danial.
“Teruk sangat ke asma, dok? Agak-agak bila dia boleh sembuh ya?” Bella mengusap-usap tangan adiknya.
“Mengikut pemeriksaan dijalankan tadi, adik kamu akan sembuh dalam sehari dua hari baru Atiqah sudah boleh pulang. Dia perlukan rawatan lebih lanjut di hospital dan tidak dibenarkan bawa pulang pada masa kini. Kalau tiada apa-apa lagi, saya minta diri dulu...” kata doktor.
“Terima kasih, dok....” Danial berkata.

     Sehingga malam dia menjaga adiknya di katil V.I.P. Tertidur lena di samping adiknya di situ. Danial keluar sebentar mengikuti lif pada malam itu untuk membeli dua bungkus roti coklat dan dua botol minuman untuk Bella dan adiknya bersarapan esok pagi.. Selesai saja membeli barangan tersebut, dia naik semula ke wad Atiqah lalu meninggalkan makanan dan minuman itu di atas laci wad bilik Atiqah.

“Kalau ikut hati balik rumah sajalah! Mengantok ah!” tidak tertinggal juga dia mencium dahi Bella sebelum melangkah mengambil motornya pulang ke rumah disebabkan mengantuk.

     Keesokkan harinya, Bella masih tidak bangun dari tidurnya sejak semalam. Tidak lama kemudian, Atiqah terbangun dari tidurnya dengan keadaan yang agak pening lalu menggerakkan sedikit demi sedikit tangannya ke tangan kakaknya yang sedang lena tidur. Bella tersedar dari tidurnya lalu memanggil doktor.

“Doktor!!! Adik saya dah sedar!” kegembiraan Bella sewaktu melihat adiknya sihat. Doktor dan jururawat bergegas menuju ke bilik wad tersebut.
 “Syukurlah doktor dah datang...” kata Bella lagi.
Nurse tolong periksa..” doktor menyuruh jururawat membantunya. Setelah beberapa minit kemudian...
“Em.. Tidak mengapa dik, Atiqah sekejap lagi pulihlah tu..”kata doktor lagi kepada Bella.
    
     Doktor tersenyum apabila terlihat Bella tersenyum melihat adiknya sihat seperti biasa, kemudian doktor dan jururawat keluar dari bilik wadnya. Tiba satu panggilan telefon dari Danial di telefon bimbit Bella untuk bertanya khabarnya dan juga adiknya.

“Hello darling, how are you?” Danial memulakan percakapan.
 “Hello back, I’m fine. Speaking pulak mamat ni!..” Bella seakan-akan memperli Danial.
 “Haha, gurau saja la.. Apa-apa pun, dah sarapan?”
 “Belum.. Kejap lagi la I  pergi beli kat bawah, kedai 7eleven..” suara Bella seakan-akan tiada tenaga.
 “Kenapa tak makan lagi? Penat i beli makanan tu semalam..” Danial kecewa kerana Bella tidak menyentuh makanan yang dibelinya.

“Beli? Tak ada pun.. Buat cerita bohong ek? Haha, tak lawak pun.” Bella tidak faham apa maksudnya Danial.
Try u check atas laci wad adik u tuh.. I  beli roti dengan minuman.. I  letak kat situ..” jawab Danial.

     Bella tidak perasan sejak dia bangun dari tidur bahawa ada makanan dan minuman yang dibeli oleh Danial di atas laci tersebut.

 “Ehh! Ada la.. Tak cakap pun! Apa-apa pun thanks..!” Bella berterima kasih kepada Danial.
“Kan dah cakap tadi! Buta ke atau nak kena pakai cermin mata sayang oit!”
“Kenapa malam tadi balik macam tu aje? Bukan nak beritahu ek.” risau Bella.
“Risau nampak! Hahahaha...” Danial tertawa kecil.
 “Siapa tu kak? Abang Danial ek? Nak cakap dengan dia!!” Atiqah menggangu perbualan mereka. Namun, Bella enggan memberi telefon bimbitnya. Atiqah kecewa dan merajuk. Akhirnya Bella terpaksa bertolak-ansur terhadap adiknya. Semasa mereka berbual, Bella membuka bungkusan makanan dan minuman.
“Abang!! Adik gila rindu dekat abang. Hehehe..” Atiqah bergurau-senda dengan Danial.
“Haa? ‘Adik gila rindu dekat abang ke rindu gila? Bahasa Melayu dapat ‘A’ ke tak ni? Hahaha... Abang pun rindu kat adik..Adik sihat tak ni?”
“Hehehe... Sorrylah.. Salah cakap.. .Heellooww!... Tengoklah orangnya, dah sihat ni.. Da boleh jawab telefon da pun....” Atiqah beraksi lagak.
“Elehh, abang hanya makluk tuhan yang lemah lagi bukan berkuasa sayang. Tidak sekuat kamu yang masih muda-mudi budak kecil.” ujar Danial.
“Abang Danial ni, melawak ke? Ayat macam dah taubat pulak!”
“Hehehhe... Em.. Adik.. Kakak mana?”
“Ni cari lagi kakak Bella tak habis-habis rupanya. Apa lagi dia nak buat, bang? Makan je kerja dia, lambat laun gemuklah dia. Dahlah pendek, gemuk pula!” Atiqah tergelak senda keseorangan.
“Tak baik kutuk akak sendiri. Dosa cepat tambah tau..”
“Adik tahulah abang oit!”
“Adik, lepas ni abang nak jumpa kawan. Kirim salam kat kakak Bella tau, jangan lupa pula. Bye.” Danial mematikan panggilannya.

      Belum sempat Atiqah mengucapkan perkataan ‘Bye’ sebagai tanda selamat tinggal. Atiqah memberi telefon itu kembali kepada Bella. Dia memberitahu bahawa Danial harus berjumpa teman baiknya. Tidak tertinggal juga ingin memberitahu kakaknya yang Danial kirim salam kepadanya. Bella memberi adiknya roti itu.

“Wa’alaikummusalam.”
 “Yummyyy....” Atiqah menikmati roti berperisa coklat tersebut.
 “Adik, akak nak pergi beli ubat adik kejap kat farmasi bawah.. Adik tunggu sini ya..”
“Okay.”

     Setelah Bella membeli ubat tersebut di farmasi hospital tersebut, Bella naik semula melalui lif hospital tersebut lalu melihat ibubapanya di bilik wad adiknya. Bella memeluk ibunya serta bersalaman tangan ibu dan abahnya.

 “Ibu, abah.. Baru sampai atau sudah lama sampai? Kenapa tak beritahu Bella?”
 “Ibu dengan abah kamu baru saja sampai.. Bukan tak nak beritahu kamu, Bella. Ibu sengaja saja. Dah tanya doktor  bila Atiqah boleh balik rumah?” kata ibunya.
 “Sudah bu, doktor cakap pagi esok adik dah boleh balik pulang ke rumah..”
 “Bella dengan ibu baliklah. Biar abah duduk di sini jaga adik. Bella dah seharian jaga adik. Turn ayah pula.. ” abahnya berkata.
 “Tak apa, abah. Bella tak kisah pun.”
“Tak mengapa nak. Biar assistant abah yang uruskan semua. Pasal meeting batalkan pun boleh.”
“Bella, jom ikut ibu balik.. Biar abah kamu yang jaga adik di sini...” ibunya mengajak Bella pulang sekian seharian Bella menjaga adiknya di wad tersebut.
 “Adik, jangan lupa makan ubat tu tau.. Jumpa esok ya adik..”Bella sempat mencium pipi adiknya sebelum berangkat pulang bersama ibunya.
 “Akak, hati-hati tau.. Jaga ibu sekali...”

     Perjalanannya untuk tiba di rumahnya mengambil masa selama 30 minit. Ibu Bella memandu kenderaannya sementara Bella kusyuk berSMS dengan Danial. Apabila sampai sahaja di rumah mereka, Bella membuka laptop dan memasang broadband. Bella merenung lama ke arah skrin laptop miliknya.

 “Bosanlah!! Aaahhhh!!” Bella tiba-tiba mengeluh kuat. Sedari dari tadi Bella mati kutu tidak tahu hendak buat apa lagi. Tiada yang menemaninya di internet untuk berbual.
“Apa nak buat ek? Periksa e-mel sudah. Tiada e-mel baru masuk pun. Memperbaharui profil di laman web myspace, facebook, friendster, tagged, hi5 pun sudah. Semua berita online terkini sudah khatam dah!! Siapa yang online time macam ni ek...” Bella mencari kawan rapatnya yang sedang avalaible pada masa itu, Shahirah di Yahoo! Conference Room. Bella menegur Shahirah untuk menghilangkan rasa bosannya. 


Assalamualaikum, Shahirah!” tegur Bella di YM.
Waalaikummussalam. Ye, Bella. Lama tak dengar cerita kau!” balas Shahirah.
“Haha, tahu tak apa. Nasib kau online. Bosan aku tadi tau! Esok keluar jom!”
“Boleh, turun town ke? Aku on je...” Shahirah beria-ia mahu ketemu bersama Bella.
“Hmmm... Kalau hari ni hari Khamis, hari ini sajalah boleh. Aku free time petang ni je. Dekat Pavilion, pukul 4.00 petang.” kata Bella.
“Alaaa..! Pukul 4.00 petang tak bolehlah, Bella.... Sorry!
“Kenapa?”
“Aku ada hal . Sorrylah Bella.”
“Hmmm... It’s okay. Pergi hari lainlah.” patah semangat Bella.
“Bella, sekejap eh. Nak pergi dapur sekejap!” balas Shahirah.
“Dapur? Cari makanlah tu... Haha. Ok... Jangan lama-lama tau! ”

     Sekian lama kemudian, di lihatnya Bella di Yahoo! Conference Room bersama Shahirah di dapatinya Idle.

“Lembabnya dia ni! Lama-lama berjanggutlah aku kena tunggu kau macam ni seharian. Aku nak away sekejap tau! Turn aku pula nak makan! Hehehe.. ” Bella menekan butang send yang tertera di Yahoo! Conference Room. Namun tiada tindak balas daripada Shahirah masa itu.

  “Laparnya!. Rasa macam nak menjerit aje!! Dah masuk waktu makan tengahari ni.. Lama juga aku menghadap laptop ni....” perut Bella mula berbunyi kerana lapar. Krrukk... Krrukkk.. Hanya sekejap sahaja mereka di Yahoo! Conference Room, kerana makan tengahari telah tiba. Bella terpaksa mengabaikan kawannya sebentar.
    
     “Mak Timah...! Lauk apa bibik masak tengahari ni? Lapar laa.. Nak makan ni.. Buatkan air susu coklat biasa sekali tau, bik..” teriak Bella.
     “Ya... Sebentar... Bik baru lepas masak kegemaran Bella, ayam!. Nanti bik hantar ke bilik adik ya.” bibiknya, Mak Timah menyahut kembali.                

     Lantas pembantu rumahnya yang bernama Mak Timah merupakan sebahagian daripada keluarga Bella kerana beliau mempunyai pengalaman yang paling lama bekerja di rumah itu, dia menghantar makanan dan minuman yang di pesan Bella tersebut ke bilik anak majikannya. Dari caranya saja kita boleh membezakan sama ada Mak Timah ataupun tidak. Cara dia melakukan pekerjaanya, tulus ikhlas kerjanya. Selalu bercakap benar dan jujur itu sifat MakTimah.
     Sebelum Mak Timah masuk ke bilik Bella, dia mengetuk pintu bilik Bella dengan membawa sedulang yang di isi sepinggan nasi yang berisi lauk dan minuman yang dipesannya. Bella membaca doa makan lalu makan makanan yang dihidang oleh pembantu rumahnya. 
     “Yummyy..... Lega sikit cacing-cacing dalam perut aku ni... Tak berani aku nak makan banyak-banyak nanti buncit pula.” Bella meyelesai makan setelah beberapa minit. Bella memang suka makan lama-lama, slow motion. Kalau bab makan, memang dia suka makan banyak-banyak. Bella menjilat jarinya sehingga bersih. Bak kata orang, hingga menjilat jari... Bella segera membasuh tangannya selepas makan kemudian tertidur lenalah dia di atas katil tanpa mematikan suis komputer ribanya. 
     Ibunya yang intai masuk di dalam bilik Bella mula memekak. “Hoi! Patutlah buncit! Makan tidur, makan tidur! Itu kerja dia! Mana tak turun berat badan! Gemuk-gemuk pun pendek anak ibu.” ibunya meletir kepada anaknya yang berada di dalam alam tidurnya, tetap juga Bella tertidur lagi dan lagi.. Kira si mak ni cakap sorang-sorang.. Sehingga pagi Bella melayan mimpinya dengan lena tanpa diganggu sesiapa.
     Pada esok paginya Atiqah dijemput oleh pemandu rumahnya. Atiqah dan abahnya pulang dengan selamat sebaik sahaja tiba di pagar rumahnya. Atiqah lantas mendapatkan kakaknya yang terlantar tidur di atas katil kamar Bella.

“Akak, bangun kak! Dah siang ni! Adik dia dah balik pun tak sedar-sedar lagi ke?!” Atiqah mengejut kakaknya.
“Aaaarrrrggghhhhh!!..” Bella bangun terus mengeliat panjang.
“Akak! Bangunlah!” kejutnya lagi.
“Adik !!” pekik Bella sebaik sahaja dia membuka matanya dan melihat adiknya di hadapannya.
“Akak ni... Perangai tak ubah-ubah! Sakit telinga adik! Pekak telinga adik nanti...” kedua-dua tangannya menutup telinga.
“Maaflah.. Tahu tak akak rindu kau? Boleh buli adik tiap-tiap hari.. Hilang rasa bosan seharian akak.”
“Manalah adik nak tahu yang kakak rindu adik ke tidak. Ingat adik ni boneka ke nak buli-buli? Hahahaha..” Atiqah ketawa kecil
“Budak..... Budak........” Bella mengosok-gosok kepala adiknya.
“Aduhh! Sakitlah!”

     Atiqah terbau satu bau yang agak masam seakan-akan sesuatu tidak termandi, tiba-tiba Atiqah mendekati kakaknya lalu berkata.

“Ehh! Apa bau ni akak? Busuklah!!! Ketiak adik ke ketiak kakak bau busuk sangat ni??” Atiqah mula angkat ketiaknya untuk mencari bau busuk itu dari ketiaknya atau dari kakaknya sendiri.
“Wangi aje... Tak pasal-pasal akak..................” kata Atiqah lagi.
“Akak apa? Errrr... Kakak belum mandi lagi, dari balik semalam... Hehehehe... Adik, jom mandi sama-sama!”
“Eeeeee... Adik dah mandilah... Akak ni.. Tak senonoh!” geli Atiqah.

     Mereka berdua tergelak bersama. Sejurus selepas itu, Bella terus pergi untuk membersihkan dirinya dan memakai pakaian lain.

0 Lovely babe!