Blue
Hello Fellas!



Hi babes/dudes/viewers. Me? I'm Bella Bebymonster, currently 16teen(2013) Hei, let's visit my blog for awhile :D

Navigate!

Facebook Twitter Ask
Wanna Scream?

Width 230 only . Replace with yours!

The Love's!

Sayangs saya : En. Google haha Hero saya : Daddy Shah Heroin saya : Mami Ruby Siblings : Kak mas, Kak yana, Kak yanie, Kak ira, Adik eta


Dia Untuk Aku *novel

Dia Untuk Aku *novel D.U.A
bab 2 :)

 
     Waktu terus mengubah pada waktu petang. Mereka sekeluarga berancang untuk keluar bershopping bersama untuk membeli pakaian terbaharu. Biasalah perempuan pantang nampak duit aje terus keluar beli barang baru. Agak lama masa yang diambil untuk mereka membeli-belah di sana sini. Habis semua kedai dimasukinya langsung dibelinya sehinggakan jejari tangannya habis hampir melecet gara-gara memengang barangan yang penuh itu. Setelah penat keluar seharian, mereka singgah sebentar di Restoran Mutiara Bistro untuk melepaskan rasa lapar lagi haus yang terasa. Air Batu Campur menjadi pilihan Bella dan Atiqah pada waktu petang tersebut. Setelah menghabiskan makanan dan minuman yang di pesan, Dato’ Mohamad Shah memanggil seorang pelayan untuk mengira bil pembelanjaannya sepanjang makan minum di sana. Sekadar menghilangkan dahaga yang terasa di anak tekak aje.

“Semua sekali RM79.90, tuan.” kata pelayan tersebut.

Dato’ Mohamad Shah mengeluarkan sekeping wang ringgit yang bernilai RM 100.00 dari dompetnya lalu membayarnya. Pelayan tersebut memulangkan wang baki kepadanya kembali lalu berkata “Terima kasih, datang lagi...”

     Sewaktu dalam perjalan pulang ke rumah, Bella tidak lepas dari telefon bimbitnya gara-gara melayan SMS. Danial menjadi teman SMSnya waktu itu. Danial apa lagi nak dibuatnya, buat kajian sikit-sikit. Biasalah Danial setia menemani Bella bila-bila masa. Ibunya, Datin Ruby sedang menjawab panggilan daripada temannya manakala anak bongsunya, Atiqah sedang bermain psp. Permainan yang tidak terasa jemu di mata Atiqah. Bapanya sedang memandu kenderaan dengan penuh berhati-hati pada malam itu kerana waktu malam boleh membuatkan orang pemandu kenderaan mengantuk.
      Setelah sampai ke destinasinya, Mak Timah membuka pintu pagar rumahnya lalu mengangkat barang pembelanjaan mereka sekeluarga. Ibu dan abahnya terus naik mandi di kamarnya. Bella mendukung adiknya di belakang badannya sehingga ke anak tangga rumahnya lalu berjalan ke dalam bilik Bella. Atiqah kalau takut tidur sorang-sorang dikamarnya lantas saja dia bangun dari tidurnya. Tergesa-gesalah dia lari tidur di sebelah Bella. Itu memang fobianya jikalau ada saja guruh, atau petir malam-malam buta. Kalau dia tidak perasan kira tidur matilah, buat tak tahu sudah. Bella lantas baring kepenatan di atas katil miliknya manakala adiknya hanya duduk termenung jauh.
   
"Esok akak dah start pergi kolej ek?” soal Atiqah ringkas.
“A’ah.. Esok dah mula lah adik oit! Lama dah akak cuti, rasa macam honeymoon lama! Hahaha... Akak bukannya tidur kat kolej tu pun. Akak ada kat rumah lepas habis kuliah. Ishh!! Kelas kakak sampai tengahari ajelah! Kenapa ni? Cuba senyum sikit confirm lawa” Bella berkata sambil mengusap-usap kepala adiknya. Adiknya diam tanpa berkata apa-apa.

Lantas Atiqah tersenyum. “Lawakan adik senyum? Hehehheh.”

“Eleh! Perasan lebih! Hahahah”
“Alah, akak pun apa kurangnya. Akak, kalau boleh adik tidur sini malam ini boleh tak?” Adiknya mengukir sebuah senyuman tentera di wajahnya.
"Tetiba ni kenapa? Pelik aje.."
"Alah! Akak boleh jadi bantal adik. Akak kan gemuk pendek!" perli Atiqah.
"Ehh! Mengutuk nampak! Nakal ek!" pantas tanggan Bella mencari sasaran.
"Adoi akak, sakitlah! Habis lebam badan adik asyik kena cubit dengan akak aje."
"Padan muka adik. Suka sangat kutuk akak!"
"Dah terbiasa... Hehhhehe... Boleh ke tidak?"
"Bolehlah sayang."
     Lalu adiknya memberi satu ciuman di pipi kanan kakaknya, Bella.
“Gatal betul budak ni.. Eeeeeeeeeeeeeee” lantas Bella mengesat pipinya itu.
“Grrr...” geram Atiqah.
“Sudah lah.. Baik kita mandi, lepas tu gosok gigi dan tidur... Akak dah berpeluh.. Heheheh..” Kata Bella lagi.
“Eeeee, gemuk pendek! Oraite..”

     Mereka terus ke bilik air membersihkan diri masing-masing lalu memberus gigi. Bella bangun lalu menutup suis lampu biliknya semasa hendak tidur kepenatan. Mereka berdua tidur dengan lena pada malam itu.
     Keesokkan harinya, Mak Timah menyediakan sarapan pagi lalu mengejut penghuni rumah tersebut dari satu demi satu bilik tidur mereka. Semua penghuni di rumah tersebut termandi lalu turun tangga bersarapan bersama-sama. Setelah selesai mereka makan kemudian, Mak Timah mengerjakan seperti biasa, membasuh pinggan mangkuk. 
     
     Pemandu kereta rumahnya, Pak Ali menghantar Bella sehingga ke pintu pagar kolej kerana Danial sudah menunggunya sambil melepak bersama-sama rakannya. Bella membuka pintu kereta lalu menuju ke arah Danial dengan membawa buku pelajarannya di tangan kanan.

“Amboi...! Tengok tu, ada awek datang! Tuuu.. Piwwiittt!!” kawan-kawan Danial mengata.
“Kejap lagi kita bual-bual lagi ya.. Aku nak sambut bini aku kejap... Hehehe..” Danial kelihatan begitu gembira. 
“Belum tunang, kahwin pun belum lagi dah cakap isteri! Angan-angan je lebih mamat ni!” sidir Amir, kawan rapat Danial.
“Alaaa korang, cemburu ke dengan awek aku? Ayat kau jaga-jaga eh! Ahaha.. Jumpa kat kelas tau Amir. Bye ” Danial ketawa kecil.
      Danial menaiki motosikalnya yang masih berenjin menuju ke arah Bella. Sampai saja dekat dengan Bella. Shahirah, teman sekarib Bella sejak kecil lagi sudah pun mendahului Danial.
“Serentak..! Hahaha...” Bella ketawa kecil.
“Bella... Jom masuk kelas..” ujar Shahirah.
“Ehh! Da time masuk kelas dah... Jom!” Danial memandang jam tangannya.
“Sibuklah kau, lorat!" ejek Shahirah.
     Mereka bertiga mengambil pembelajaran dan kelas yang sama. Aliran kedokteraan bakal menjadi pekerjaan mereka di kelas. Pembelajaran sudah pun dimulakan. Bella duduk di antara Shahirah dan Danial, manakala Amir pula duduk di sebelah Danial. Sewaktu pensyarah kelas mereka memberi sedikit ceramahnya, tiba-tiba, tuan pengarah memasuki kelas mereka bersama seorang pelajar yang tidak  diketahui.
“Selamat tengahari, pelajar.” kata tuan pengarah.
“Saya nak beritahu kalian bahawa pelajar bersama saya ini akan menduduki aliran bersama kalian. Pensyarah, tolong beri tunjuk ajar sekiranya dia tidak memahami. Baiklah Amirul, ada satu tempat kosong untuk kamu. Di hadapan Bella.” ujar pengarah sambil menunjuk ke arah tempat kerusi kosong itu.
“Amirul rupanya nama dia.. Budak baru nampak! Nama hampir dengan aku..” bisik Amir di dalam hatinya.
    
     Pengarah pun beralih arah terus ke pejabatnya. Pensyarah yang berada di kelas mereka mula bersuara semula mengimbas terhadap pembelajaran yang ingin disampaikannya tadi. Amirul mengoyakkan sehelai kertas dari buku contengnya lalu di tulisnya dan menjadi bentuk seperti roket kertas lalu menerbangkan surat itu kepada Bella, sedangkan Danial dari tadi menjeling maut ke arah Amirul.
“Hai! Saya Amirul. Boleh berkenalan tak?” isi di dalam surat yang dibaca oleh Bella.
“Hmmm.. Saya dah tahu nama awak tadi pengarah beritahu.” Bella membalas surat daripada Amirul dan dihantarnya di meja Amirul.
“Kalau tak salah saya awak Bella kan? Lawa nama tu. Siapa sebelah awak tu? Bukan main rapat lagi.....”
      Sampai sahaja surat itu ke Bella kembali, Danial pantas merampas surat itu lalu membacanya. Danial dengan muka yang penuh cemburunya itu terus mengoyotkan kertas tersebut hingga menjadi seperti sampah lalu di buangnya ke dalam tong sampah.
“Danial? Kamu faham apa yang saya sampaikan tadi?” kata pensyarah itu.
     Danial sekadar mengangguk.
  
     Sewaktu pelajarannya tamat pula, kelas dikosongkan. Lampu dan kipas terus dimatikan suis. Para pelajar keluar mengikut haluan masing-masing. Ada kalanya pelajar memenuhi kantin, ada kalanya juga pelajar mula balik sekadar melepak di luar bila tiba saja tamat masa kuliah. Danial, Bella dan Shahirah singgah sekejap di kantin kolej mereka untuk mengisi perut yang jelas terasa lapar di perutnya dengan membeli tiga mangkuk laksa special dan tiga cawan ais oren. 
     Tiada meja kosong selain meja yang diduduki Amir, mereka melabuhkan punggung di hadapannya.Tanpa di sedarinya, orang yang bersebelahan duduk dengan Amir ialah Amirul, Danial mula bermasam muka kerana Amirul mula berebut teman baiknya, Amir.
“Muka dia lagi, lepas tadi ini pulak! Jom Bella ajak Shahirah sekali kita duduk meja lain. Muak aku duduk sini. Tuuuiihh!” Danial bangun hendak menukar tempat duduknya.
“Aik? Macam tu pulak? Amir, kawan kau sudah beritahu siapa kau orang, latar belakang pun aku dah tahu. Kalau kau nak pergi makan meja lain, bawa diri sajalah, yang lain belum tentu nak berubah fikiran. Fikirlah sikit! Mana dia orang nak duduk nanti? Cuba kau tengok, semua meja dah penuh.”kata Amirul pula dengan penuh selamba.
“Dah tak ada meja lainlah, sayang.” Bella malas bertukar tempat.
“Haaa... Tengok! Apa aku dah cakap. Duduk dengan aku lagi aman kan, Bella.. Come here, bro! Sit down. Releks, man. Ikut sajalah cakap awek kau tu!” kata Amirul lalu sambung makanannya dengan santai.
“Benci betul aku tengok kau orang ni, kalau jumpa saja mesti nak gaduh. Chill up, man! Dah la, makanan aku da habis. Aku pergi dulu! Bella, jaga dia orang ni, jangan bagi pecah kolej ni dengan kemarahan dia orang! Okay bro, aku pergi dulu.” Amir beredar dari situ.
“Ya, aku duduk sini. One more thing i want you to know man, watch out!” Danial duduk kembali.
     Sebaik sahaja mereka berempat menghabiskan makanannya. Sewaktu dalam perjalanan pulang ke rumah, Bella menghantar Shahirah dengan menaiki kereta yang dipandu oleh Pak Ali. Danial dan Amirul pulang dengan menaiki motorsikalnya tersendiri keseorangan. Setelah Bella dan Shahirah melabuhkan punggungnya, Shahirah berkata “Bella, aku nak cakap something.”
“Apa?” soal Bella.
“Kau sendiri kenal aku kan, Bella? Aku tak macam kau, dah ada Danial. Aku? Sebenarnya aku suka kat Amirul.. Hmmm...”jawab Shahirah.
“Ouhh, kau suka dia? Cakap ajelah kat dia yang kau mula suka kat dia, sebelum terlambat baik lagi cepat-cepat.”
“Kau gila ke apa? Aku nak bagitau dia, tapi aku malu. Tadi masa dia masuk kelas kita, dari pandangan aku dia syok kat kau. Emm....”
“Ke situ pulak kau! Aku tak terhegeh-hegeh nak dia. Akukan ada Danial. Aku cuma mahu dia jadi pasangan sehidup semati, setia menemani aku.”
“Tapi aku malu nak cakap pada dia yang aku suka kat dia. Aku rasa baik aku simpan dalam-dalam. Satu hari dia dapat tahu jugak yang aku suka dia. Betul tak?”
“Suka hati kau, Shahirah.”
“Jangan panggil nama aku ‘Shahirah’! Nampak buruklah!”
“Habis tu nak panggil apa? Mak nenek? Hehehe..”
“Pergghhhh!.. Kejam! Ira je.. Baru singkat... Hehehe..” Shahirah ingin namanya naik glamour di tukar menjadi Ira.
“Whhooaaa, ‘Ira’ tak menahan. Nama nak glamour nampak! Gempak! Hahaha..” Bella ketawa kecil.
“Elehh, balik-balik Shahirah. Orang rumah panggil 'Ira' sebab tu aku rasa berbeza sikit.”
“Ehhh! Pak cik, pusing balik! Jangan hantar Ira balik dahulu. Kita culik dia dulu!"
"Apa ni Bella? Aku nak balik. Nanti orang rumah risau cari aku!"
"Alah, duduk dekat rumah kita dahulu yaa...” kata Bella kepada Pak Ali.
“Baik!” pemandunya cuma mengangguk kepalanya.
“Apahal ni?! Pak cik, hantar saya pulang ke rumah!” kata Shahirah.
“Bella, kenapa kau tak nak hantar aku balik dahulu?” kata Shahirah sambil memandang muka Bella.
“Biarlah.. Temanlah aku dekat rumah malam ni..Boring gila beb!” kata Bella.
“Apa?! Teman sampai malam? Maksud kau tidur rumah kau? Tak boleh, tak boleh! Mampus aku kena marah nanti!” kata Shahirah penuh risau.
“Alaaa... Tinggal beritahu mak kau yang kau tidur sini sudah! Habis cerita. Kan pendek je, kalau panjang kena ambil pakaian dari rumah kau, ulang-alik tahu tak!” ujar Bella.
     Senang betul Bella mengata demikian. Anak orang dia bawa pulang. Risau orang rumah nanti lain jadinya. Pabila tiba sahaja di rumah Bella, pintu pagar rumahnya sedia buka tanpa ditutup pabila pemandunya keluar ulang alik mengambil majikannya. Bella dan Shahirah turun melalui pintu kereta yang ber-automatik lalu di sambutnya kehadiran adiknya. Adiknya lari ke arah Bella lalu memeluk tubuhnya.
 ---------------------------------ERROR    XD-----------------------------
“Woi! Da tak ciuman ke?! Peluk-peluk tak tentu arah!” marah Bella kepada adiknya.
“Eh, ada kak Ira lah. Mari kak, masuklah dulu. Bagi buku-buku tu, biar adik letak dalam rumah.” Atiqah membawa buku-buku itu lalu diletaknya di atas meja ruang tamu.
“Baiknya adik kau, Bella. Sopan bahasanya.”kata Shahirah.
“Macam itu kau cakap baik, sopan Ira? Kalau ada tetamu datang rumah berubahlah sikapnya.”
“Kebiasaan saya! Jeleslah tuuu...” kata Atiqah yang terdengar perbualan mereka berdua.
“Entah apa-apa je budak tu.” kata Bella.
     Bibik datang dengan membawa tiga cawan air jus buah epal untuk menghilangkan rasa kering di tekak mereka setelah habis dari kuliah. Mereka segera minum kerana tidak tahan kehausan apatah lagi dengan cuaca yang agak panas di luar sana. Setelah mereka minum, Atiqah naik ke tingkat atas lalu membuka permainan video. Dalam situasi yang agak senyap pula, Bella bersuara... “Ira, tidurlah sini malam ni. Rumah ini banyak bilik kosong. Lagi pun ibubapa Bella tak ambil kisah pun. Boleh ya?” Bella mengajak Shahirah menginap di rumahnya.
“Emmm... Boleh tu Ira belum pasti lagi, biar Ira tanya ibu Ira supaya dia tak risau cari nanti.”
“Baiklah. Sudah tanya nanti terus inform aku tau!”
“Elehhh...! Yela... Nanti aku inform kau.” kata Ira.
“Kakak-kakak jom main ps3 dengan adik. Dah start dah tu.”  Atiqah turun ke bawah mengajak kakaknya bermain bersama"
Bella bangun lalu berkata “Jomlah!” kemudian dia menarik tangan Shahirah.

0 Lovely babe!